Monday, May 30, 2011

Ya Allah

Bissmillahirrahmanirrahim

Ya Allah ..
Kami leka akan perintahMu,
Kami meremehkan segala suruhanMu,
Kami membiarkan maksiat bermaharajalela di depan ku,
Kami bisukan mulut kami untuk menegakkan kebenaran perintahMu,
Kami pekakkan telinga kami atas segala suara sumbang yang membingitkan telinga kami,

Ya Allah ..
Segala yang menimpa adalah oengajaran dariMu untuk kami,
Agar kami insaf dan kembali kejalan Mu,

Namun..
Masih adakaah mereka yang ingin kembali ke jalan Mu?
Adakah mereka masih leka?
Umpama tiada apa yang berlaku,
Mereka hanya tersenyum,
Seolah balaMu tidak akan menimpa mereka,
Mereka masih ketawa melihat malapetaka ini,
Mereka masih mampu bersuka ria,
Dan bergembira seolah-olah pentas dunia ini..
Tidak akan berakhir,

Ya Allah ..
Janganlah Kau sesatkan kami,
Ya Allah ..
Berikanlah petunjuk dan hidayahMu,
Ya Allah ..
Sesungguhnya kami hambaMu yang lemah,
Yang selalu tersungkur,
Yang sentiasa alpa,
Ampunkanlah dosa kami Ya Allah ,

Ya Allah ..
DariMu kami datang dan kepadaMu kami kembali,
Ya Allah ..
Ku pohon kembali kami kepadamu
Sebagai hamba yang beriman..
 Amin ya Rabbal 'Alamin 
^^



Syukron kerana membaca post ini.Moga dapat manfaat darinya,inshAllah :)

Wednesday, May 25, 2011

minta maaf

Blog Tamhidi Syariah dan Undang-Undang 2010/11 dalam proses penambahbaikkan semula. Sebarang kecacatan minta maaf ya :) Mungkin ambil masa sedikit.InsyAllah lepas ini blog TSU akan lebih menyerlah semula .
Syukron kerana membaca post ini.Moga dapat manfaat darinya,inshAllah :)

Pesan-berpesan :)

Mencintai seseorang adalah hak kita
Namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan rasmi itu bukan hak kita
Jangan pernah takut melepaskan apa  yang belum berhak kita miliki
Dia pasti kembali andai
Andai Allah jadikan dia untuk kita
Atau Allah akan gantikan dengan yang jauh lebih baik dari sekrang kita cintai
Jangan pernah takut kehilangan yang bukan menjadi hak kita
Jangn di tangisi apa yang bukan milikmu ..
^^

Syukron kerana membaca post ini.Moga dapat manfaat darinya,inshAllah :)

Tuesday, May 17, 2011

Syeikh Wahbah Al- Zuhaili hafizahullah dan pendiriannya terhadap Syeikhul Islam Muhammad b. Abdul Wahab Rahimahullah



Tertarik dengan anugerah Tokoh Maal Hijrah 1430 Hijrah yang dianugerahkan kepada Syeikh Wahbah al-Zuhaili Hafizahullah wa Hadah, seorang ulama Syria yang terkenal dengan kitab beliau al-Fiqahul Islami wa Adillatuh (Fiqh Islam dan Dalil-dalilnya), penulis ingat menarik perhatian pembaca berkenaan pandangan Tokoh Maal Hijrah ini terhadap Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah yang sering dituduh sebagai pengasas ajaran sesat wahabi oleh kebanyakan kaum jahil.
Sedar atau tidak, Syeikh Wahbah mempunyai karya khas berkenaan Syeikh Muhammad yang berjudul Mujaddid al-Din fil Qarn al-Sani ‘Asyar (Mujaddin Islam dalam Kurun ke-12 Hijrah).
Jika mendengar tajuknya pun kita sudah mendapat gambaran jelas apakah pandangan Syeikh Wahbah terhadap Syeikh Muhammad. Gelaran Mujaddid yang diberikan kepada Syeikh Muhammad merupakan pengiktirafan besar terhadap Syeikh dan dakwah beliau.
Sabda Rasulullah s.a.w :
 إِنَّ اللهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِئَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi Umat ini di setiap awal seratus tahun seseorang yang akan mempebaharui urusan agamanya”. [Abu Daud, Sahih].
Maksud memperbaharui agama atau Tajdid adalah ‘Ihya’ al-Sunnah’ yakni menghidupkan kembali sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w yang telah ditinggalkan. Ini sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikh al-Azim Abadi rahimahullah dalam menjelaskan hadis ini :
أي يبين السنة من البدعة ويكثر العلم وينصر أهله ويكسر أهل البدعة ويذلهم
Maksudnya : “Yakni (mujaddid itu) akan menjelaskan Sunnah daripada Bidaah dan menyebarkan ilmu serta membantu ahli ilmu serta mematahkan Ahli Bidaah dan menghinakan mereka”. [Aunul Makbud, 11/260]
Sudah tentu Syeikh Wahbah menyifatkan Syeikh Muhammad sebagai Mujaddid dengan memahami hakikat ini dan jelas menunjukkan bahawa dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab adalah dakwah Sunnah bukan ajaran sesat.
Sekarang kita lihat perkataan Syeikh Wahbah dalam mukaddimah kitabnya tersebut :
  ومما لا شك فيـه، إنصـافاً للحقيقة، لا إرضاء أحد، وعملاً بآي القرآن العظيم: {ولا تبخسوا الناس أشيائهم} كان من أجرأ أصوات الحق، وأكبر دعاة الإصلاح، والبناء والجهاد لإعادة تماسك الشخصية المسلمة وإعادتها لمنهج السلف الصالح: دعــوة الشيخ محمد بن عبدالوهاب في القرن الثاني عشر الهجري (الثامن عشر الميلادي) لتجديد الحياة المسلمة، بعد ما شابها في أوســاط العــامة من خلافات، وأوهــام، وبــدع، وانحرافـات، فكان ابن عبدالوهاب بحق، زعيم النهضة الدينية الإصلاحية المنتظر، الذي أظهر موازين العقيدة الشرعية الناصعة، وأبان حقيقة الوحدانية والوحدة والتوحيد الخالص لله عز وجل، وأن العبادة هي التوحيد، 
Maksudnya : “dan tidak syak lagi, atas dasar kesedaran terhadap perkara hak bukan untuk mendapat keredaan sesiapa daripada makhluk serta dalam usaha beramal terhadap firman Allah dalam al-Qur’an al-Azim (maksudnya) : “dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. ia berkata: dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya” [al-A'raf : 85] antara suara yang paling berani menegakkan kebenaran, pendakwah Islah, pembangunan Umat, dan Jihad yang paling besar, dalam usaha mengembalikan identiti muslim serta mengembalikan umat kepada Manhaj al-Salaf al-Soleh adalah dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab semasa kurun ke-12 hijrah (kurun ke-18 Masihi) untuk mengembalikan kehidupan Islami setelah dicemari dalam kalangan awam daripada perkara-perkara menyalahi syarak, sangkaan-sangkaan yang salah, bidaah-bidaah, dan penyelewengan-penyelewengan. Ibn Abdul Wahab sesungguhnya pemimpin kebangkitan pembaharuan yang dinanti-nantikan yang telah menerangkan timbangan syariat yang jelas, menjelaskan hakikat Tauhid yang murni kepada Allah Azza wa Jall..” [al-Mujaddid fil Qarni al-Sani Asyar, Penghujung Mukaddimah Kitab].
Syeikh juga menjelaskan antara sebab-sebab sebahagian kaum jahil menyerang dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah dengan kata beliau : ويلاحظ أن هذه الحروب التي شنت على جماعة هذا المصلح والأوصاف التي أطلقت عليهم، كانت ذات هدف سياسي لا ديني، ومن أجل مصالح اقتصادية ولتحقيق نفوذ وسيطرة العثمانيين، ودفاعاً عن مصالح شخصية سياسية ومادية، وليس عن الإسلام أو المسلمين، ولا غيرة على الدين، ولا نصرة للدين
Maksudnya : “dan perlu diperhatikan bahawa peperangan-peperangan yang dilancarkan ke atas Jemaah pendakwah Islah ini dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas mereka adalah kerana tujuan politik semata-mata bukan agama, kerana menjaga kepentingan-kepentingan ekonomi dan merealisasikan kekuasaan Usmaniah serta mempertahankan kepentingan-kepentingan peribada, polittik, dan material, bukan kerana mempertahan Islam dan umatnya serta bukan juga kerana agama dan mempertahankannya…” [al-Mujaddid fil Qarni al-Sani Asyar, Fasal I].
Oleh itu, penulis melihat amat perlu pihak-pihak yang menyekat perkembangan dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab di negara ini mempertimbangkan semula tindakan mereka serta bertaubat kepada Allah s.w.t kerana telah menuduh Syeikh Muhammad dengan tuduhan-tuduhan dusta dan tidak berasas.
Mereka yang ingin mendapatkan kitab Syeikh Wahbah ini (dalam bahasa Arab) boleh dimuat turun di :

Mulahazah :
Penulis juga disamping menyedari kedudukan besar Syeikh Wahbah dan jasa beliau dalam mempertahankan dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, pendapat Syeikh Wahbah bahawa persembahan tarian dan nyanyian yang bercampur lelaki dan wanita semasa sambutan Maal Hijrah adalah baik dan tidak menyalahi syariat,  kurang wajar kerana perkara seperti ini boleh membawa kepada fitnah.
Lebih-lebih lagi perkara ini tidak berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan para Sahabat sedangkan masyarakat di zaman itu lebih maju ketamadunan mereka dan lebih mulia dan kuat keimanan mereka. Wallahua’lam.

di petik dari

Syukron kerana membaca post ini.Moga dapat manfaat darinya,inshAllah :)

Tuesday, May 3, 2011



بسم الله الرحمن الرحيم
taubat sambal belacan??!! huhu..apa kaitan taubat ngan sambal belacan nih??!!

selepas membacaMurabbi Cinta, karya Ustaz Hasrizal, buat kali yang entah keberapa, timbul keinginan untuk menulis sesuatu di blog tercinta ni...
sebenarnya, rasa terpanggil untuk menulis kerana tajuk ni macam kena kat diri sendiri!!

Tengahari,sewaktu lunch
"Mak oiii!!! Pedas nyer sambal belacan nih!!!!" Mat bangun dari meja makan sambil menjerit.Dia pergi mendapatkan segelas air masak.
"Ko ni Mat, dah tau keturune oghe Kelate...dok tahe make pedah...bok po make??"(budak Perak yg cuba dialek Kelantan) Dah nama pun sambal belacan, mestilah pedas...menyengit..," Helmi terus mengomel...tak tahan melihat ragam si Mat.
Sambil mengelap peluh yang mengalir deras akibat penangan sambal belacan,Mat berucap."Taubat la..lepas ni..aku tak nak makan lagi...Pedas betol..."Mat terus bersumpah.Katanya..'taubat'...tak nak makan lagi...

Dinner(hari yang sama)
"Eh, Mat,tadi kata dah bertaubat...tak nak makan lgi sambal belacan tu.Ni, tak nyempat2x lagi ko yang the first mencekik sambal belacan.."Helmi menggelang-gelengkan kepalanya..Situasi tengahari tadi masih ligat berputar di mindanya..Muka Mat yang merah padam akibat sambal belacan tak luput dari ingatannya..Hampir dua jam digunakan oleh Mat untuk menghilangkan rasa pedas itu...
"Uishh..tak pe la..Mi! Aku suka betoi dengan sambal belacan ni...Bak kata mak aku, pa dal sin...sin dal pa..."Mat buat tidak tahu dengan usikkan kawannya itu.Dia tahu 'azab' yang bakal menerimanya selepas ini.Tapi, disebabkan keenakkan sambal belacan itu..Dia sanggup menghadapinya.
"Mat mende yg ko eje tu? Tak paham aku"Helmi pening.
"Ko ni..tu ejaan jawi la....pedas, sedap!!!"



mm...cuba bandingkan dengan situasi2x di bawah pula...

kalau kita ade wat silap,contohnya wat kerja last minute, selalu je ayat macam ni dihamburkan.."Uish..aku takut la ble tengok pensyarah kita tu marah!!!Taubat aku!!! lepas ni, tak nak buat lagi.."
atau, ayat simpati yang diungkapkan oleh Zuhri(bukan nama sebenar) ehehe...(spe2x je) yg mencuri dan akhirnya tertangkap..."Maaf,saya dah sedar dan saya ingin bertaubat.Sungguh, saya takkan buat lagi..." begitu mendayu ayat-ayat seumpama ini diungkapkan bagi menagih simpati...tapi, tup tup lepas tu....buat lagi...tak pernah serik....
Mungkin sebab perkara @ kesalahan yg kita buat tu lazat dan menyelerakan walaupun lepas tu terpaksa menderita menahan kepedasan....huhu...
Rasanye...leh kut consider klu kepanasan n kepedihan yg terpaksa ditanggung tu cuma kat dunia...ye la, setakat curi pensil & bedak...kita mesti tak rasa bersalah...buat muka sedey...org mesti maafkan..just kena tahan malu & tohmahan org kampung.Tapi,still dapat pensil dan bedak tu.... Tapi, macam mana pula kalau dikaitkan dengan azab siksa di akhirat kelak...??? uishh..jauh beza dengan kepedasan sambal belacan....klu sambal, walaupun pedas, sedap... tapi klu api neraka???...............uishh,,,hancur badan!!!! x de setitis kebahagiaan yg akan dikecapi jika peroleh azab siksa di akhirat kelak...

Bagi lelaki atau wanita yg suka berfoya-foya,mungkin seronok bertukar-tukar pasangan..walau kena tangkap khalwat, diri tak pernah serik...ala....malu sikit je..ade la berhenti wat sekejap...tersedar sementara...tapi, lepas tu...terus dengan aktiviti tak bermoral tu...
finally..."maaf,( encik/cik/puan) anda disahkan HIV positive..."

Kawan-kawan,
Masa tu...barulah sedar yang taubat sambal belacan tak boleh dipraktis lagi...bila diri dah sedar akan menghadap Illahi dalam jangka masa yg pendek, barulah tersedar nak taubat dengan sebenar-benar taubat.(Taubat Nasuha).
Takkan la kita nak tunggu musibah dan bala sampai baru kita nak sedar dan bertaubat dengan bersungguh-sungguh???Ajal maut, semuanya di tangan Tuhan, Allah Yang Maha Kuasa..

...Renung-renungkan bersama ea!!!

p/s:Jika tak silap saya,taubat sambal belacan ni, dikaitkan dengan nafsu Lawwamah...Nafsu yang sentiasa mengajak kita mengulangi kesilapan yang sama..insaf kejap..pastu, buat lagi...ish3x....

Syukron kerana membaca post ini.Moga dapat manfaat darinya,inshAllah :)