" Hidup kita sekarang perlu jadi seperti ikan di lautan. Walau air di lautan itu masin, namun isi ikan-ikan di lautan tak pernah menjadi masin."
Anda faham? Mari saya fahamkan.
Kata-kata tersebut, sering kali menjengah fikiran ini. Kadang-kadang, terfikir jugak, bolehkah aku jadi seperti 'ikan-ikan di lautan' itu?? Hmm, sukar tu.
Anda pernah makan ikan laut. Tak kisah la walau hanya ikan termenung atau ikan kembong. Janji ikan tersebut berasal dari laut. Setelah dimakan, adakah rasa isinya masin? Semestinya tidak kan, kecuali la ikan tu telah diproses untuk dibuat ikan masin.
Dalam keadaan di sekeliling tempat asal ikan-ikan tersebut yang masin, isinya tak pernah pun jadi masin. Kebal. Tak mudah terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. Hebat bukan.
Begitulah kita hari ni. Terlalu banyak serangan pemikiran atau ghazwul fikr dari pihak musuh Islam untuk menjahanamkan umat Islam yang mulia ini. Walau mereka tidak menghalakan senjata hebat mereka kepada kita, mereka sentiasa menyerang kita dari arah yang kita tidak sangka. Ya, semestinya serangan pemikiran. Mereka menyerang dari segenap aspek. Dari segi ICT nya dan banyak lagi.
Akibatnya, banyak aqidah dan hati umat Islam kini telah dicemari. Kotor dan terus hitam dek angkara mereka. Selepas itu terus memberi kesan terhadap akhlak generasi kini.
Oleh itu, antara langkahnya. Kita jadilah seperti ikan-ikan dilautan itu. Tidak mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Untuk terpengaruh dengan budaya yang baik, baguslah. Tapi jika budaya itu kuning, elakkanlah. pandai-pandailah kita membezakan yang hak dan batil. Ikuti yang hak, buang yang batil dan syubhah.

Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya :
“Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).”
(Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Kitabul Iman, 1/350, no. 208 (Dari Abu Hurairah). Ibnu Majah,Sunan Ibni Majah, Kitabul Fitan, 11/485, no. 3976 (Dari Abu Harairah). Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 34/25, no. 16094 (Dari 'Abdurrahman B. Sannah))
No comments:
Post a Comment