Sahabat pertama,yang besar dan tegap tubuhnya,tanpa berfikir panjang telah menampar sahabat karibnya itu kerana tidak bersetuju supaya mereka mengambil simpang ke kiri. Sahabat yang ditampar tadi,terkejut. Dia tidak menyangka sahabat karibnya tergamak berbuat demikian.
Air matanya bergenang. Sahabat yang kurus dan kecil badannya itu termenung seketika. Dia mengambil sebatang kayu,lalu memandang ke tanah.
'HARI INI SAHABATKU TELAH MENAMPAR PIPIKU',tulisnya di atas pasir tempatnya berdiri.
Mereka terus berjalan meredah hutan dan bukit,hinggalah sampai di sebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu-batu besar. Dua sahabat itu meneguk air sungai tersebut dan kemudian,mandi untuk menyegarkan kembali badan yang letih.
Entah bagaimana,tiba-tiba sahabat yang berbadan kecil dan kurus itu tergelincir dari batu tempatnya berdiri, lalu dihanyutkan arus sungai yang deras. Hampir sahaja sahabat ini lemas. Tetapi dia bernasib baik kerana sahabat yang berbadan besar serta tegap, berjaya menyelamatkannya.
Di atas tebing yang dipenuhi batu-batu besar itu,sahabat yang berbadan kurus mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah menyelamatkannya. Kemudian,dia menulis pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sungai tersebut dengan perkataan, 'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU'
Sahabat yang bertubuh besar itu terpinga-pinga. Dia bertanya, ''Selepas aku menampar mukamu,kau tulis di atas pasir. Sekarang,selepas aku selamatkan kau daripada lemas,kau tulis pula di atas batu. Kenapa?''
Jawab sahabat yang bertubuh kecil, "Apabila seseorang melukakan hati kita,catatkan ia di atas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita,nukilkannya di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya."
Original Post From <LINK>
No comments:
Post a Comment