SUNNAH vs BIDAAH
apa yang dimaksudkan dgn sunnah?
Sunnah bererti “cara” atau “kebiasaan”, dan dengan itu, sunnah nabi bererti “cara nabi”, atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Secara bahasa, As Sunnah adalah "ath-thariqah" yang bererti perkaedahan, kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku, baik yang terpuji mahupun yang tercela. "
Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan berulang-ulang dalam hadis, yang erti asalnya ialah 'perjalanan hidup' dan 'perilaku'."(sumber : wikipedia)
تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَد - كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.. - muttafaq alaih"
inilah kebenaran yang aku yakini. al quran dan sunnah ialah tunjang kehidupan. sesiapa yg mengikutinya dan berpegang teguh dengan keduanya tidak akan sesat selama lamanya. inilah janji nabi akhir zaman. penghulu sekalian nabi. juga nabi junjungan kita. MUHAMMAD salla allahu alaih wasallam..
bidaah?
Bidaah ialah apa-apa jenis pembaharuan dalam (agama)Islam. Walaupun pembaharuan atau inovasi dalam hal keduniaan, seperti sains, perubatan dan teknologi dibolehkan dan digalakkan, bid'ah dalam hal keagamaan dianggap sebagai dosa(sumber : wikipedia)
"muhdasatin" - setiap yang diada-adakan itu adalah bidaah. ini membawa maksud yang lebih jelas.
DALIL AL QURAN
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sekalian mendahului Allah dan Rasul-Nya dan takutlah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu Mendengar lagi Mengetahui.”
[Al-Hujurat:1]
“Dan barangsiapa yang menyalahi Rasul itu sesudah jelas dan nyata baginya petunjuk dan mengikut orang-orang yang bukan jalan orang-orang yang beriman, nescaya Kami akan palingkan dia ke mana dia berpaling dan akan kami panggang dia di neraka Jahanam, padahal neraka itu sejelek-jelek tempat kembali.”
[An-Nisa’:115]
DALIL HADIS
Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya perkataan yang benar itu ialah kitab Allah dan sesungguhnya semulia-mulia petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad dan seburuk-buruk perkara itu ialah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat dan setiap kesesatan itu adalah di dalam neraka.”
[H.R. Muslim]
Dari Abu Hurairah, Rasulullah pernah berkhutbah di hadapan kami : Tinggalkanlah apa - apa yang tidak aku perintahkan / larang bagi kamu. Sesungguhnya penyebab binasanya umat sebelum kamu adalah mereka banyak bertanya dan banyak bercanggah pendapat dengan nabi nabi mereka. Oleh itu, jika aku melarang sesuatu daripada kamu - tinggalkanlah, dan jika aku memerintahkan sesuatu kepada kamu - kerjakanlah sesuai dengan kemampuan kamu.."
[H.R. Bukhari & Muslim]
Dari Aisyah ra. berkata: Nabi s.a.w bersabda:
“Barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan yang bukan perintah kami, maka ia tertolak.”
[H.R. Bukhari]
sudah jelas bukan?hakikatnya, inilah yang sering diperselisihkan dan dianggap bersamaan dengan fahaman Wahabi oleh sesetengah pihak.(bukan mahu menyalahkan mereka, mungkin sekali mereka tidak tahu..)
BIDAAH vs MASALIH UL-MURSALAH
Perbuatan yang dikehendaki itu adalah maslahat mursalah. Contohnya pengumpulan ayat-ayat al-Quran dan membukukannya menjadi sebuah mushaf, mewajibkan seluruh umat Islam supaya mengikut mushaf Al-imam, menyatukan pelbagai bacaan al-Quran agar tidak ada perselisihan lagi bagi umat Islam tentang bacaan dan juga termasuk urusan yang diperintahkan oleh agama dan sudah termasuk urusan yang dihukumkan wajib.
Pada zaman Nabi s.a.w, umat Islam telah diperintahkan agar mencatit, menulis ayat-ayat al-Quran dan Nabi s.a.w juga pernah memerintahkan supaya menuliskan sabdanya dan pernah pula baginda memerintahkan supaya orang yang mendengar sabda-sabdanya menyampaikannya kepada orang ramai yang tidak mendengarnya.
Oleh itu, jelaslah bahawa tentang memelihara ayat-ayat al-Quran dan sebagainya itu telah diperintahkan oleh Nabi s.a.w, demikian pula mempelajari ilmu-ilmu bahasa Arab juga sudah termasuk perbuatan yang diperintahkan oleh Nabi s.a.w bukanlah menjadi perkara bidaah.
SOLAT TARAWIKH vs BIDAAH
perbahasan tentang bidaah masih berlanjutan hingga kini. antara masalah yang timbul ialah solat tarawikh.
tetapi hakikatnya, solat tarawikh pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan berjemaah bukanlah perkara bidaah tetapi sunnah kerana pernah dikerjakan oleh Nabi s.a.w.
Baginda sendiri menjadi imam semasa itu dan para sahabat mengikut di belakang baginda. Baginda mengerjakannya tiga atau empat malam kerana bimbang sekiranya perbuatan tersebut diwajibkan oleh Allah kepada seluruh umat. Oleh itu, jelaslah bahawa solat tarawikh berjemaah di dalam masjid itu sunnah bukan bidaah seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a.
Adapun Umar ra. ketika menganjurkan solat tarawikh berjemaah beliau berkata: “Sebagus-bagus bidaah itu ialah ini” adalah perkataan bidaah menurut bahasa bukan syarak. Oleh sebab sunnah ini telah lama ditinggalkan, beliau menyebutnya bidaah bermaksud menghidupkan semula sunnah yang sudah lama ditinggalkan. Solat tarawikh berjemaah itu telah disepakati pula oleh para sahabat Nabi s.a.w yang masih hidup pada masa itu bahkan sangat dipuji oleh para sahabat besar pada masa itu contohnya Ali ra. Pada hakikatnya, segala sesuatu yang dianjurkan oleh para sahabat Nabi s.a.w terutama para khalifah yang empat (Khulafa ar-Rasyidin) juga termasuk sunnah yang diperintahkan oleh Nabi s.a.w supaya kita mengikutinya.
perselisihan ini bermula dengan atsar sahabat - yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam Shahihnya dan al-Imam Malik dalam al-Muwattha’:
Daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Abd al-Qari, katanya: Pada satu malam di bulan Ramadan aku keluar bersama dengan ‘Umar bin al-Khattab radhiallahu 'anh ke masjid. Di dapati orang ramai berselerakan. Ada yang solat bersendirian, ada pula yang bersolat dan sekumpulan (datang) mengikutinya.
‘Umar berkata: “Jika aku himpunkan mereka pada seorang imam adalah lebih baik.” Kemudian beliau melaksanakannya maka dihimpunkan mereka dengan (diimamkan oleh) Ubai bin Ka‘ab. Kemudian aku keluar pada malam yang lain, orang ramai bersolat dengan imam mereka (Ubai bin Ka‘ab).
Berkata ‘Umar: “Sebaik-baik bid‘ah adalah perkara ini, sedangkan yang mereka tidur (solat pada akhir malam) lebih dari apa yang mereka bangun (awal malam).”
Berdasarkan riwayat di atas, ada yang tersalah sangka dengan menganggap ‘Umar bin al-Khattab adalah orang yang pertama memulakan Solat Tarawih secara berjamaah. Maka dirumuskan bahawa ia adalah satu perbuatan bid‘ah yang dianggap baik oleh ‘Umar. Justeru boleh membuat bid‘ah di dalam ibadah asalkan ia dilakukan dengan niat yang baik.
Sebenarnya rumusan seperti ini muncul kerana kurang membaca hadith-hadith Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah melakukan Solat Tarawih secara berjamaah dan ini jelas tertera dalam kitab-kitab hadith, seperti dalam Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim.
Hadith yang dimaksudkan berasal daripada ‘Aisyah radhiallahu 'anha:
Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda (menjadi makmum). Pada pagi (esoknya) orang ramai bercerita mengenainya. Maka berkumpullah lebih ramai lagi orang (pada malam kedua). Baginda bersolat dan mereka ikut solat bersama. Pada pagi (esoknya) orang ramai bercerita mengenainya. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar bersolat dan mereka ikut solat bersama.
Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan ahli. (Baginda tidak keluar) sehingga pada waktu solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, bersyahadah seraya bersabda: “Amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kalian (di masjid pada malam tadi) tetapi aku bimbang difardukan (Solat Tarawih) ke atas kalian lalu kalian tidak mampu. Hal sebegini berlaku sehingga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam wafat.
Dalam sebahagian riwayat al-Bukhari dan Muslim disebut: “…yang demikian berlaku pada bulan Ramadhan.” (وذلك في رمضان)
Hadith ini dengan jelas menunjukkan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah yang pertama memulakan Solat Tarawih secara berjamaah dengan satu imam. Walaubagaimanapun baginda tidak melakukannya secara berterusan, bukan kerana ia perbuatan yang salah tetapi kerana bimbang ia menjadi satu kewajipan. Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam wafat, kebimbangan ini tidak wujud lagi, maka dengan itu ‘Umar meneruskan semula Solat Tarawih secara berjamaah. Justeru ‘Umar al-Khattab bukanlah orang yang pertama memulakannya secara berjamaah.
BIDAAH vs AQIDAH & IBADAH
Melantik atau menetapkan orang bodoh menjadi ketua agama, melantik orang yang kurang pemahaman tentang urusan hukum-hukum Rasul-Nya sebagai imam solat sedangkan ada orang yang lebih baik daripadanya. Maka, perbuatan tersebut jelas melanggar kaedah-kaedah agama yang sudah ada nasnya adalah termasuk perbuatan haram. Menentukan hari-hari tertentu dan lain-lain lagi dengan sesuatu jenis ibadah, mengadakan syariat agama menurut kemahuan sendiri adalah dilarang oleh syariat. Tiada sesiapa pun yang dibolehkan untuk mengadakan satu bentuk ibadah pada waktu tertentu atau mengadakan syiar agama menurut kemampuan sendiri. Perbuatan tersebut termasuk perbuatan yang dilarang dan orang yang mengerjakannya adalah bidaah.
"Bidaah yang dilarang dalam urusan agama ialah yang berkenaan urusan ‘aqaid dan ibadah."
BIDAAH vs SEDEQAH
Terdapat sebuah hadith yang disering disalah fahami bagi membolehkan amalan bid‘ah.Hadith yang dimaksudkan ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ سَنَّ فِي الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ. وَمَنْ سَنَّ فِي الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ
“Barangsiapa yang mengada-adakan satu cara yang baik di dalam Islam maka dia akan mendapat pahala orang yang turut mengerjakannya dengan tidak kurang sedikitpun dari pahala mereka itu dan barangsiapa yang mengadakan satu cara yang buruk, maka dia akan mendapat dosa dan orang yang turut mengerjakannya dengan tidak kurang sedikitpun dari dosa mereka itu.”
---
Pada satu pagi, para sahabat sedang berada di hadapan Rasulullah s.a.w. lalu datang serombongan manusia dengan telanjang serta memakai kain selimut yang bercorak dan berbaju panjang seraya berselimpang dengan pedang. Mereka adalah dari golongan Mudhar. Setelah Nabi s.a.w melihat mereka itu, maka pucatlah wajah baginda kerana melihat kesengsaraan mereka. Kemudian baginda masuk ke dalam rumah dan menyuruh Bilal supaya azan. Lantas Bilal pun azan dan beriqamat. Kemudian baginda sembahyang dan berkhutbah, sabda baginda:
‘Wahai manusia! Takutlah kamu kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu daripada jiwa yang satu, telah diciptakan ke atasnya jodoh, dan Ia telah mengembangkan daripada keduanya (jodoh) kepada beberapa kaum lelaki dan perempuan. Takutlah kamu kepada Allah, yang kamu meminta-minta dengan nama-Nya dan peliharalah keluarga-keluargamu kerana sesungguhnya Allah itu Pengawasmu.”
“Hai orang-orang yang telah beriman! Takutlah kamu kepada Allah dan hendaklah di antara kamu masing-masing memerhatikan apa-apa untuk esok.”
Sesudah itu ada orang ramai bersedekah dari dinarnya, dari dirhamnya, dari pakaiannya, satu sya’ dari gandumnya, satu sa’ dari buah-buahannya, sehingga baginda bersabda: “Sekalipun separuh dari sebutir kurmanya.” Lalu datang seorang lelaki dari golongan Ansar dengan membawa seguni beras, sehingga dua tapak tangannya hampir tidak boleh dibawanya dan tidak sanggup membawanya.
Kemudian banyak orang bergilir-gilir bersedekah kepada mereka sehingga nampak di wajah Rasulullah s.a.w. amat bercahaya kerana sungguh gembira. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang mengada-adakan satu cara yang baik di dalam Islam maka dia akan mendapat pahala dan pahala orang-orang yang mengerjakannya tidak kurang sedikitpun Barangsiapa yang mengadakan satu cara yang buruk, maka dia akan mendapat dosa dan dosa-dosa orang yang mengerjakannya dengan tidak kurang sedikitpun.”
Dengan merujuk Sabab al-Wurud dalam hadis di atas, kita dapat mengetahui bahawa “Sunnah Hasanah” yang dimaksudkan merujuk kepada sedekah yang dianjurkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Ia bukannya satu perbuatan yang tidak memiliki asal usul di dalam syariat. Memulakannya tidak bermaksud memulakan amalan baru, sebaliknya bermaksud memulakan langkah atau tindakan bagi perkara yang sudah ada asal usulnya.
BIDAAH HASANAH
Hadis yang bermaksud: “Apa-apa yang telah dipandang baik oleh orang Islam, maka ia baik di sisi Allah”
Hadis tersebut bukan hadis Nabi s.a.w, tetapi dari perkataan Ibnu Mas’ud ra. atau dari perkataan Ibnu Abbas ra.
Rangkaian atsar tersebut ada sambungannya:
“Sesungguhnya Allah telah memeriksa hati-hati para hamba, maka Dia telah memilih –dalam antara mereka – Muhammad, lalu Dia membangkitkan dia dengan risalah-Nya. Kemudian Allah memeriksa hati-hati para hamba, maka Dia telah memilih padanya (Muhammad) itu beberapa orang sahabat, lalu Dia menjadikannya beberapa wazir padanya. Maka apa-apa yang orang-orang Islam memandang baik, maka baiklah di sisi Allah, dan apa-apa yang orang-orang Islam memandang buruk, maka buruklah di sisi Allah.”
perkataan "Muslimin" di dalam hadis itu tidak digunapakai untuk seluruh umat Islam. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan kata Muslim dalam hadis itu hanyalah para sahabat saja.
Perlu diertikan begini:
“Segala sesuatu yang telah dipandang baik oleh para sahabat, maka Allah juga memandang baik, dan segala sesuatu yang dipandang buruk oleh para sahabat, maka Allah juga memandang buruk.”
Juga tidak akan bertentangan dengan hadis yang menerangkan bahawa umat Islam akan berpecah-belah menjadi tujuh puluh tiga golongan.
“..Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”. Mereka bertanya: “Apakah puak itu wahai Rasulullah?” Jawab baginda: “Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya”.
AZAN KEDUA SOLAT JUMAAT,,BIDAAH atau TIDAK?
Pada zaman Nabi s.a.w azan hari Jumaat hanya dilakukan sekali sahaja dan dilaungkan di ambang pintu masjid. Pada waktu itu imam sudah duduk di atas mimbar. Keadaan begini berlaku sehingga pada zaman Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar. Kemudian setelah jatuh ke tangan pemerintahan Uthman beliau memerintahkan supaya ditambah, dilakukan dan dilaungkan di Zaura’ (sebuah tempat di tengah-tengah pasar kota Madinah dan sebuah rumah yang dikatakan demikian). Tindakan demikian diakui dan dibenarkan oleh semua sahabat Nabi di kota itu. Andaikata ia tidak diakui kebaikannya, sudah tentu tindakan Khalifah Uthman itu ditegur dan dibantah oleh para sahabat besar ketika itu.
Azan yang diperintahkan oleh Khalifah Uthman itu tidak keluar dari yang dimaksudkan oleh syarak dari azan itu iaitu untuk memberitahu telah dekatnya waktu solat.
Ringkasannya begini :
- Pada zaman Nabi s.a.w, zaman Khalifah Abu Bakar dan di zaman Khalifah Umar, hari Jumaat itu dimulakan dan dilakukan ketika imam telah duduk di atas mimbar.
- Seruan hari Jumaat yang berlaku pada zaman Nabi s.a.w sehingga pada zaman Umar itu hanya dua iaitu azan tadi dan iqamat sesudah imam selesai berkhutbah.
- Biasanya Bilal azan pada hari Jumaat dengan berdiri di atas pintu masjid.
Sesudah imam selesai berkhutbah dan turun dari mimbar barulah Bilal beriqamat.
Kemudian, pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, azan pada hari Jumaat itu ditambah iaitu azan dan qamat yang berlaku di zaman Nabi sehingga pada zaman Umar itu tetap berlaku, tetapi dengan tambahan satu azan lagi yang dilakukan di atas satu tempat yang dinamakan Zaura’ dekat pasar Madinah dan cara melakukannya sebelum azan yang berlaku di zaman Nabi tadi. Maka dalam kitab-kitab hadis biasanya dikatakan bahawa azan yang ketiga atau seruan yang ketiga.
Tindakan Khalifah Uthman mengadakan azan itu tidak boleh dikatakan satu perbuatan bidaah dalam urusan ibadah kerana semasa itu beliau memandang perlunya diadakan azan pada hari Jumaat di atas Zaura’ untuk menarik minat dan perhatian orang ramai yang ada di pasar agar segera pergi ke masjid. Dalam pada itu, beliau tidak mengubah lafaz-lafaz azan dan bukan pula azan itu untuk sesuatu tujuan yang tidak dimaksudkan oleh syara’.
Oleh itu, tidak boleh dikatakan azan yang beliau kerjakan itu suatu perbuatan bidaah dalam ijtihad yang dilakukan oleh seseorang khalifah dan beliau termasuk daripada salah seorang Khulafa Ar-Rasyidin, padahal Nabi s.a.w memerintahkan kita agar mengikut sunnah para Khulafa Ar-Rasyidin.(sila rujuk di atas..BIDAAH vs MASALIH UL-MURSALAH)
YASSIN UNTUK ORANG ORANG YANG TELAH MATI
“Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada setiap malam, diampuninya.”
[H.R. Al-Baihaqi dalam kitabnya Syu’abul Iman- Palsu/maudhu]
“Barangsiapa yang membaca surah (Yasin) pada malam hari, maka pada waktu pagi hari dia mendapat ampunan.”
[H.R. Al-Baihaqi dan Abu Nu’aim di dalam kitabnya Al-Hilyah- palsu/maudhu]
“Barangsiapa yang membaca surah Yasin sekali, maka seolah-olah dia membaca al-Quran dua kali.”
[H.R. Al-Baihaqi dalam kitabnya Syu’abul Iman- Palsu/maudhu]
“Barangsiapa yang membaca surah Yasin sekali, maka seolah-olah dia membaca al-Quran sepuluh kali.”
[H.R. Al-Baihaqi dalam kitabnya Syu’abul Iman- Palsu/maudhu]
“Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah surah Yasin. Oleh itu, barangsiapa yang membaca surah Yasin, maka Allah akan memberikan pahala bagi bacaannya itu sama seperti pahala membaca sepuluh kali al-Quran.”
[H.R. At-Tirmidzi- sangat lemah]
“Bacakanlah surah Yasin untuk orang-orang yang mautakum (akan mati) di antara kamu.”
[H.R. Abu Daud,Ibnu Majah dan An-Nasa'i- lemah/daif]
“Yasin itu hati al-Quran, tidak membacanya seseorang kerana Allah dan negeri akhirat melainkan dia akan diampuni. Oleh itu, bacakanlah surah Yasin itu untuk orang-orang yang mautakum(akan mati) di antara kamu.”
[H.R. Ahmad –lemah]
Dalam masyarakat kita mengamalkan membaca Yasin untuk orang mati sedangkan hadis yang mereka pegang itu lemah/daif dan hadis itu mengatakan Yasin dibaca kepada orang yang akan/hampir mati bukan kepada orang yang mati.
“Ajarkanlah olehmu orang-orang yang mautakum (akan/hampir mati) di antara kamu: Laa ilaaha illallah.”
[H.R. Muslim dan lain-lain.-sahih]
“Barangsiapa yang akhir perkataannya: Laa ilaaha illallah, maka dia akan masuk syurga.”
[H.R. Ahmad-hasan]
SETIAP BIDAAH vs SEBAHAGIAN BIDAAH
Pernah juga kita terdengar orang merungkai fakta sebegini: “Setiap bidaah itu sesat,” tidak bersifat umum. Kata kullu di sini bererti sebahagian,maksudnya, “Sebahagian bidaah itu sesat.”
Tetapi, bukabkah hadis Kullu bid’atin dhalalatun itu ada tambahannya iaitu: wa kullu dhalalatin finnar..
Kalaulah perkataan "kullu" dalam hadis diertikan sebahagian, maka tambahannya juga akan bererti sebahagian: “Sebahagian bidaah itu sesat dan sebahagian kesesatan di dalam neraka.” Apakah ada sebahagian kesesatan itu tidak dalam neraka? Adakah sebahagian kesesatan itu di dalam syurga??
Abdullah bin Umar ra.
“Tiap-tiap bidaah itu sesat meskipun manusia memandangnya baik.”
(Rujukan : http://antibidaah.wordpress.com/ )
No comments:
Post a Comment