Sunday, March 6, 2011

"akak dah hafaz berapa juz?"

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdullah,akhirnya berkesempatan untuk 'post something' di blog tsu tercinta 'fikir_zikir'. Moga2x peluang berada di Tamhidi Syariah & Undang-undang yg hanya berbaki lebih kurang 2 bulan dimanfaatkan sebaiknya.Jom sama-sama 'sharing' knowledge di ruangan ini!!! (ehehe..promote lak...)
Hmm..agaknya,apa yg saya nak sharing dengan ikhwan & akhwat sekalian?
Sebenarnya, tajuk untuk post kali ini adalah soalan yang ditanya oleh 'junior' kepada saya.Semua ni gara-gara bertemu di pusat tamhidi ketika eksplorasi USIM.
Dah lama tak jumpa ngan adik-adik sekolah..Jadi,saje lah ambil peluang untuk bersembang dengan adik-adik ni..Tanya tentang suasana sekolah sekarang....dan bermulalah bab berkaitan dengan hafazan.Seingat saya,batch saya, SPM 09 yang memulakan program Mutiara Huffaz untuk junior kami,(pelajar tingkatan 1/2).Program ini untuk menggalakkan budaya menghafaz kalam suci dan menghayati isinya.Saya adalah antara ajk yang terlibat.Adik-adik ini menghafaz juz a'mma terlebih dahulu dan menurut perancangan,mereka akan meneruskan hafazan selepas itu mengikut turutan iaitu juz pertama dan seterusnya..Alhamdulillh,usaha meneruskan program itu berjalan.
Dah lama bersembang,terkedu rasanya bila adik ni bertanya,"Akak, dah hafaz berapa juz kat USIM?"....
Hmm..masa tu,tak tau nak jawab apa...Tiba-tiba rasa malu+sedih+sesal bercampur baur... Yelah,dulu beria berharap program tu berjaya,tapi,lupa pula tentang diri...
Sememangnya itu satu soalan yang sangat berat...
Nak jawab..."akak dah lama tak menghafaz.." mestilah segan.Ye la...kalau dah soalan pun tanya 'berapa juz' mestilah dia menjangkakan kuantiti hafalan yang banyak...
Nak jawab tak da masa...huh...'confirm' alasan lapuk..
mm..malas??! huh.. jawapan yang sangat kolot dan langsung tak sesuai untuk seseorang yang dah tahu betapa bagusnya menghafaz Al-Quran dan betapa seronoknya jika dapat merasai kemanisan mendalami Al - Quran...
Saat berjumpa dengan junior tu,hati dan akal dihantui dengan soalan..."kenapa aku malas...kenapa akau dah tak teruskan untuk cuba menghafaz..sibuk sangat ke aku ni? Sibuk dengan apa? Study..??huh.." soalan tu macam beban yang tak larat untuk dipikul..
lepas je jumpa junior tu,jumpa pula dengan kawan dari Darul Quran dan KYUEM.Waa...umpama program' Jejak kasih' gembira tak terkira apabila bertemu dengan sahabat lama...sejak habis SPM...langsung tak berjumpa..
Hmm..bila jumpa dengan kawan dari DQ tu, teringat lak dengan soalan adik tu...Alhamdulillah,kawan saya ni dah berjaya hafaz seluruh Al-Quran dan sekarang dalam proses mengukuhkan hafalan..Ya Allah,tak boleh nak tipu diri..hakikatnya sangat 100x 'jeles' kat dia!!!Insya Allah,bulan 5 dia akan final exam,then,graduate....(kemudian terus ke UIA)
Saje je nak berkongsi cerita ni sebagai iktibar untuk kita bersama...
Jom muhasabah diri bersama tentang amalan baik yang kita kekal melakukannya...
Tanya diri tentang ruang dan peluang yang tersedia di depan mata...
Betul ke kita tak da masa...atau kita membazir masa?
Bermanfaat ke segala aktiviti yang kita lakukan sejak melangkah asuk ke USIM?
Stardee....je ke or banyak menghabiskan masa dengan menonton cerita...bersembang perkara lagha...
Hmm..sama-sama la perbaiki diri ea!!!
Sesungguhnya Allah mencintai amal hamba Nya yang beristiqamah...Biar sedikit namun berterusan..Jom teruskan usaha n mungkin perlu lipat gandakan usaha!!!!!!
:)

Syukron kerana membaca post ini.Moga dapat manfaat darinya,inshAllah :)

No comments:

Post a Comment