Bissmillahirrahmanirrahim
Alhmdulillah , hari ini , dapat juga sedikit input dari dua hadis yang baru sahaja belajar di petang hari . Salah satu hadis insyAllah , ana akan kongsikan bersama pembaca semua :) Hadis ini berdasarkan hadis arbain yakni HADIS 40 IMAM NAWAWI. hadis yang ke 29.
Jumm teliti apa yang ana infin sampaikan , moga pembaca semua fahami dengan baik , inshAllah :]
Muaz bin Jabal melaporkan " saya pernah berkata kepada Nbai Muhammad , wahai Rasulullah terangkanlah kepada saya amalan yang membolehkan saya masuk syurga dan menjauhkan saya daripada api nerakan ".
Nabi Muhammad saw , bersabda , ' Saudara bertanyakan suatu perkara yang besar. Namun ia ringan di lakukan bagi orang yang di ringankan oleh Allah yang Maha Agung lagi Maha besar. Perkara itu adalah menyembah Allah , jangan menyekutukan Allah dengan apa-apa sekalipun, membayar zakat, puasa pada bulan Ramadhan, dan menunaikan ibadat haji di Kaabah,'
Kemudian Nabi Muhammd bersabda lagi .' Mahukah sudara jika saya tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai/pelindung, sedekah dapat menghpuskan dosa sebagimana air dapat memadamkan api , serta sembahyang pada pertengahan malam.'
Kemudian Nabi Muhammad membaca ayat Al-quran ,'Lalu merek meninggalkan tempat tidur mereka...' sehingga bacaan beliau sampai kepada '..sebagai balasan bagi apa yang merek kerjakan' .
(Surah al-sajadah ;16)
Kemudian Nabi Muhammad bersabda lagi .'Mahukah saudara jika saya terangkan apa yang menjadi kepala sesuatu pekerjaan, tiangnya dan puncaknya ?'
Saya (Muaz) menjawab.'Mahu , wahai Rasulullah.'
Nabi Muhammad menjawab ,"Asas pekerjaan adalah Islam , tiangnya adalah sembahyang, dan puncaknya adalah jihad.'
Kemudian Nabi Muhammad bersabda lagi .'Mahukah kamu jika saya terangkan apa yang menguasai diri kamu?'
"Mahu , wahai Rasulullah'. jawab saya
Nabi Muhammad menunjukkan lidahnya lalu berkata,'Jagalah yang ini.'
Saya bertanya , "wahai Nabi Allah , apakah kami akan diseksa atas segala yang kami ucapkan?'
Kata Nabi Muhammada , 'Muaz ! Bukankah manusia di campakkan ke dalan neraka akibat perkara -perkara yang mereka ucapkan?'
Hadis ini direkodkan oleh Tirmizi dan beliau berkata " Hadis ini hadis hasan sahih"
Jadi secara ringkas nya disini , ana nak tumpukan tentang pertanyaan Nabi Muhaamad saw mengenai :
...........................Kemudian Nabi Muhammad bersabda lagi .'Mahukah kamu jika saya terangkan apa yang menguasai diri kamu?'
"Mahu , wahai Rasulullah'. jawab saya
Nabi Muhammad menunjukkan lidahnya lalu berkata,'Jagalah yang ini.'
Saya bertanya , "wahai Nabi Allah , apakah kami akan diseksa atas segala yang kami ucapkan?'
Kata Nabi Muhammada , 'Muaz ! Bukankah manusia di campakkan ke dalan neraka akibat perkara -perkara yang mereka ucapkan?'
perkara yang menguasia diri kita adalah lidah, anda semua percaya tak ? of course your answer will be say " YESS , I know it ! "but sometimes kita tak jaga pun percakapan kita, dengan rakanrakan, guruguru, ibubapa dan orang orang lain , kadangkadang itu , kita tak berfikir pun apa yang kita sedangkan perkatakan, haa ! nampakkan? jadi jaga jagalah apa yang kita keluarkan dari mulut kita.Lebih baik kita diam , :)
ok , ana bawakan syarahan mengenai kewajipan menjaga lidah :
Kita akan di beri ganjaran dengan setiap kalam yang kita cakap sama ada baik mahupun buruk . Sesungguhnya manusia sedang menanam amalannya yang baik mahupun yang buruk, jadi akan menuai apa yang kita tanam dahulu pada hari Kiamat. Bagi siapa yang menuainya dengan baik yakni dengan katakata yang baik sepanjang hidupnya maka, dia akan mendapat tuaian yang mulian di sisi Allah, dan bagi siapa yang menanam dengan keburukan yakni dengan katap-kata yang tak baik , jadi dia akan mendapat penyesalan di hari akhirat kelak.
Dan zahirlah ianya , dari hadis Muaz ini , menyatakan banyaknya manusia masuk kedalam neraka kerana luisan mereka. Sesungguhnya ,percakapan yang maksiat boleh mebwa kepada syirik dan merupakan dosa yang sangat besar di sisi Allah, dan termasuklah katakata yang diluahkan mengnai agama Allah tnpa ilmu , seolah-olah , ia hnya sia-sia sahaja percakpannyaTermsuklah lag juga tuduhan , berdusta , mengumpat (ghibbah=bercakap di belakang). memburuk-burukkan orang+menokok tambah pula, Dan semua ini hanyalah kalam FADI, yang sia-sia sahaja , yang boleh membwa syirik dan dosa yang sangat BESAR DI SISI ALLAH.
Pengajaran :
Kunci segala perkara pula ialah menjaga lidah. Lidah adalah antara anggota badan yang paling banyak terdedah melakukan maksiat. Barangsiapa yang dapat menjaga lidahnya daripada angkara jahat dan maksiat, Baginda Rasulullah SAW menjamin bahawa dia akan dapat masuk syurga. Setiap patah perkataan yang dituturkan oleh lidah akan dipersoalkan Allah SWT. Ramai manusia yang dihumbankan ke neraka akibat celupar lidah.
| PESANAN RINGKAS BUAT DIRIKU DAN KEPDA PEMBACA SEMUA |
SEMOGA HIDUP KITA DI BERKATI OLEH YANG MAHA ESA
INSHALLAH
No comments:
Post a Comment